Monday, April 30, 2012

Areill si pelakon handalan


Cerita dah lama, tapi bile tengok gambor2 terasa lawak lak tengok..tu yg baru nak bercerita disini..maklumlah areill dah 3 tahun, akal pun dah panjang..hhuhuh..

moh layan pic dulu...baru semangat nak cite...
ada nampak kuning2 tak??..
lepas sapu ubat kuning...
luka di celah jari kaki (jari kelingking)

                                            tu apa dah jadi..bile doktor x bertauliah yg buat...
hahah...
 Nie abah dia la punye keje...
dah anak x leh jalan..
di bandes kaki areill..hahhah
Pic ikhsan dari en. google
kaki areill luka disebabkan gelongor pecah dibahagian bulatan tu...

Hehee...ceritanye bermula...kami gi kenduri rumah sepupu baru pindah rumah..turun2 kereta jea, nmpk taman permainan..apa lagi menggeletik la areill nak main kat taman..so aku pun biar jea dia gi main ngan maksu...aku nak gi mkn nasi kenduri..hehh...

Baru aku nak seduk nasi...dah dengor areill menjerit..menangis...kuat gile...aku x larat nak gi kejor-tengok...so abah dia la yg dok tengok...

Rupe-rupernye..dia main gelongsor...dia x tahu yg bawah gelongsor tu dah pecah..bile turun jea kena la kaki dia(mungkin jari kelingking masuk kat tempat yg pecah 2)...darah banyak kuar..nangis x payah cite ler... huhuhu...

Yg kelakar...tak boleh jalan si tembam nie...dah satu hal lak nak kene dokong..klau kurus x apa la...huhu...sampai 3 hari gak x berjalan..dok merangkak la, mengesot la....sakit pinggang aku dok dukong dia klau nak kemana2...

Hari ke 3, aku bw gi klinik..risau gak la x leh jalan..mana ler tahu luka tu dalam sampai x leh jalan kan...pandai lak tu...jumpa doktor x nangis...doktor cuci luka pun senyap jea...doktor kata siket jea...leh jalan nie...

Balik2 klinik leh jalan terus...huhuhuh...mana x lawak....

Memang Areill cerdik..hehe.


Wednesday, April 18, 2012

18.4.2012- happy bday anak ummi dan abah

Hari ini genab anak ummi 3 tahun...sekejap jea masa berlalu

Akal pun semakin panjang...aktiviti baru anak ummi:

Buat umah besar...dok dlm umah besar
umah besar areill
Tengok laptop..vedio yg dia suka pingu, upin ipin, pororo, teletubis..
tak pakai baju...setiap kali nak pakaikan baju dia kata..seluar jea, baju x nak
main bajak
main susu
aktiviti di hujung minggu
mandi besin
budak comel..

rambut panjang
comelkan saya...

Ummi dan abah ucapkan Happy bday kat adik...semoga jadi anak yang soleh dan pandai belajar..jangan nakal2...ummi abah sayyangg adikkk....

Monday, February 6, 2012

Berita Baik..

Lama x mengarang kat blog nie...bukan apa penyakit M yang teramat...

Alhamdulilah...POSITIF....rezeki...aminnn

Doakan semuanye selamat k...

Wednesday, October 12, 2011

2 berita buruk melanda dlm 1 hari..aduhhh

Nak kata cum ner bukan rezeki aku...

aku anggap nie semua Ujian allah...semoga aku kuat menghadapi ujian ini...amin

mungkin rezeki aku tang lain....

ape berita buruk tu:
1. Aku x dapat gi vietnam....sedihnye...baru berangan2 nak ikut orng opis nie gi vietnam..nak buat cum ner begini la nasib, klau hidup menumpang kat opis orng...sok sik...sok sikk....nak gi ngan En Suami..lambat lg la...nak kene tunggu En Suami tamat perkhidmatan baru dapat gi luar negara...x ape la...mungkin ada hikmah lain..mungkin allah suruh gi bercuti ngan famly kat malaysia nie..hahhah...

2. Aku x dpt jadi RA....x jd ra, bermakna x jadi la sambung master..sia-sia jea aku siapkan task sampai kul 4.30 am..huhuuhu..mungkin belum masanye aku nak sambung master...kene keje n kumpul duit banyak2, baru leh ambil master..

Aku sentiasa fikir positif pasal semua yg terjadi...tp aku x sekuat mn pun...jup2 lg teriak la nie...hhehehe.

Tuesday, August 23, 2011

Mula hidup sebagai student


Dah seminggu aku fikir...akhirnye aku dah buat keputusan sambung MASTER..huhuhu

Baru balik jumpa sv..dia dah terangkan serba sediket tentang apa yg aku kene buat..agak menarik & tertarik..lagi pun aku dah ada pengalaman bermain2 ngan data dan report research...so aku terima tawaran yang sv tu bagi..bukan senang nak jadi senang..peluang dah ada depan mata....

Skrng aku dah start cari literature review, buat questioner..bulan 9 registr..awal tahun 2012 start la kehidupan aku bergelar Isteri+Ummi+student...Doa2 aku mampu melaluinye..dan kuat mengharungi dugaan yang mendatang..orng lain boleh, kenapa aku tidakkan..cayok aini...

Mak, abah, famly dan kawan2 TQ kerana bg aku support utk sambung study..I love U all...Muuah.

Wednesday, August 10, 2011

Apa akan terjadi...

Merancang anak lelaki

Petua yang diberikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.


Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anak perempuan.

5. Jangan adakan seks 3-4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).

Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari
hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman “Kesuburan dan Kemandulan”

3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum ‘ovulation’. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks – ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat ‘orgasm’ (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.

kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.




Tuesday, August 9, 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula

pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsi...