Tuesday, August 23, 2011

Mula hidup sebagai student


Dah seminggu aku fikir...akhirnye aku dah buat keputusan sambung MASTER..huhuhu

Baru balik jumpa sv..dia dah terangkan serba sediket tentang apa yg aku kene buat..agak menarik & tertarik..lagi pun aku dah ada pengalaman bermain2 ngan data dan report research...so aku terima tawaran yang sv tu bagi..bukan senang nak jadi senang..peluang dah ada depan mata....

Skrng aku dah start cari literature review, buat questioner..bulan 9 registr..awal tahun 2012 start la kehidupan aku bergelar Isteri+Ummi+student...Doa2 aku mampu melaluinye..dan kuat mengharungi dugaan yang mendatang..orng lain boleh, kenapa aku tidakkan..cayok aini...

Mak, abah, famly dan kawan2 TQ kerana bg aku support utk sambung study..I love U all...Muuah.

Wednesday, August 10, 2011

Apa akan terjadi...

Merancang anak lelaki

Petua yang diberikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.


Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anak perempuan.

5. Jangan adakan seks 3-4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).

Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari
hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman “Kesuburan dan Kemandulan”

3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum ‘ovulation’. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks – ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat ‘orgasm’ (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.

kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.




Tuesday, August 9, 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran.


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula

pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsi...

Wednesday, August 3, 2011

Peminat Yusof Taiyob

Aku memang kurang siket la bab mkn kurma2 nie..orng bagi jea ada 2 bekas lg x dimakan..semogaa murah rezeki orng2 yang bg kurma sempena bulan puasa nie...Amin....

Budak Comel nie la yang minat sangat ngan YUSOF TAIYOB...klau iklan yusof taiyob jea..mula la dia buat gaya ckp cr kat iklan tu...sebut "yusof taiyob" cara slow2...

Pernah la bw dia gi bazar ramadan..sedang jalan2 tu dia sebut yusof taiyob..aku pun pelik..kenapa lak nie..upernye Areill nampk orng jual kurma yusof taiyob tu..cerdik tol anak ummi nie..good boy...

Areill paling suka belajar benda baru..dia akan tanye sampai dia paham...klau lagu tu, dia suruh nyanyi sampai dia hafal la...so aku kene la rajin cr lirik2 nasyid utk dodoikan dia waktu tido...klau beli buku pun cum tu..dia akan tanye apa bender tu sampai dia paham...Cerdik anak Ummi nie baru 2 tahun, suka nak belajar...Abah dia suruh antar sekolah jea tahun depan..kesian lak aku tengok baru 3 tahun dah nak sekolah..tngk la...bg aku lak biar dia umor 5 thn br hantaq sekolah...bnyk tahun lg dia nak belajar (5 thn-20thn)..lama tu..anto awal2 kan bosan lak...hehhe

Umor Ariell 2 thn 2 bulan, dia boleh dah ckp nak kencing, nak berak..so klau siang2 aku memang x pakai kan pampes...waktu tido or nak jalan2 jea dia br pakai pampes..so sangat jimat la...hanye problem time berak..dia berak payah..dia memang ckp nak berak tp dia x mau dok dlm jamban lama2..so aku pakai kan CD..so pas dia "eeeek" leh basuh CD tu..jimat kan..hehe

Tuesday, August 2, 2011

Al-kisah Puasa 2011


Selamat berpuasa semua....

Nie merupakan puasa ke 3, pose sorng tanpa en suami..kata orng "Alah bisa, tegal biasa"..bg aku ok jea pose tanpa en suami..tang payah nak beli bj raya bdk comel..ala...semua tempat x boleh bw troli naik kat tempat baju...bukan leh nak pilih bj, dok kejar dia jea...klau x bw, x tahu nak agak size...pening2...

Aku pun gagahkan diri gak bw Areill untk crkan bj raya dia..br pegang jea bj..dia dah hilang..cr2 dia dah naik basikal yg orng buat pameran utk dijual...aku pun biar jea la..sempat gak la aku capai sepasang baju raya utk Areill...areill jngn cite la 1 supermarket dia round ngan basikal tu..jenoh ler aku kejar..cum main kejar2 jea ngan dia..nasib gi time belum puasa, ada la tenaga nak kejar Areill..hehhe...

Doakan la aku menjadi seorang yang tabah dan sabar menjaga budak comel...tengk la gambar nie..


Comelkan..rembat kasut abah dia..nak main bola kot...suka betol baju bola...baju masih kat ampaian pun nak pakai..klau time lipat bj, dia dah ambil pakai bj bola.. mn la dia belajar...

Skrng dah pandai ambil sembahyang..dia bsh tangan(jari2), muka, tangan rambut, kaki...mesti dok tengok abah ambil air sembahyang...moga2 dah besar sembahyang cukup yea..