Sunday, January 30, 2011

Bila aku bertukaq jd merah..hahha

Aku pun ada hati n perasaan..mungkin apa yg ko ckp tu x tuju kat aku..tp aku terasa yg amat..hati aku tiba2 tersentap ngan kata2 ko tu..

kite nie bukan la sempurna sngt..so x payah la nak ckp pasal hukum allah cum ko tu dah memang sempurna sngt....nak sound2 orng sesuka mulut ko jea...jg la perasaan orng lain sama...

Waktu tu aku jd sngt marah..n aku x maaf kan kata2 ko tu sampai aku mati la..klau ko nak aku maafkan, dtng minta maaf sendiri la..dah mulut ko yg gatal2 ckpkan...so ko tanggung la..haha..br puas hati aku...identiti ko aku rahsiakan..tp ko sendiri tahu la kan, ayat2 nie aku memang tuju kat ko pun...hahhahaha....

Monday, January 17, 2011

Kehidupan perlu diteruskan

Peh!!!
Tajuk cum menarik tertarik jea..
Sebnrnye dah lama benor x menaip di blog nie...x tahu ape pun nak taip..tu yg sunyi sepi jea blog nie..dah naik bersawang-sawang jea blog nie.....
kehidupan perlu dilalui seperti biasa...ada yg menarik, sedih, ketawa, tersenyum cum kerang busuk..tapi aku perlu tabah menghadapi hari2 mendatang dan dugaan allah yg mendatang dengan tabar dah penuh kesabaran..

Dulu aku bukan la orng yg penyabar..tp bila usia telah meningkat aku amat2 la penyabar dan cuba menghadapi dugaan allah dengan sabar...apasal la ayat aku cum sedih jea kali nie..tuhan jea yg tahu cerita di sebalik ayat2 aku nie..ewah2..walau apa terjadi aku tetap leh senyum 2 cm kanan dan 2 cm kiri..ceh dah mcm penceramah ESQ lak..mentang2 la br gi Kursus 2 hr 2 mlm bersama ESQ 165..ekeke..nnt klau aku free2 aku cite la pasal kursus ESQ tu..

Line agak x clear klau aku tulis di blog nie..ada lak mangsa2 kejadian yg baca..dan buat cite lain lak..lg bertambah2 pening otak aku kang..tp aku nak tekankan cite nie berkaitan keje aku kat opis yea..bukan berkaitan famly..jngn nak manabur fitnah lak..aku zzzazz kang..ekekkee..

Ape2 pun aku tetap happy....happy..happy..n happy...

Tuesday, January 4, 2011

GigiKU...

Alkisah nak dijadikan cerita..gigi garham aku dah dekat 1 year kopak...tp syng sungguh nak cabut..pas tu dngr akk aku cite..Doktor kata gigi klau kopak n x sakit leh tahan lama..dia x rosak..so aku pun simpan jea gigi aku tu..tp last 2 week tiba2 gigi tu buat hal sakit gile2...aku pun kompiuse n sampai x pasti mn satu gigi yg sakit...tekan2 semua gigi, x pun sakit..huhu..memang azab la klau sakit gigi nie..
So bile gigi dah x sakit aku pun buat keputusan nak cabut jea...2 kali di PKU UUM..tp ada jea yg menghalang utk aku cabut..1-semua kakitangan PKU gi kursus kat JB, 2-Aku gi hr rabu...klinik gigi hr ahad-selasa jea...Maka bile hr nie selasa..aku pun gegas2 gi klinik...kejab jea..PKU time2 cuti sem nie memang pantas la..bukan ada student...kite dilayan dengan cepat dan pantas...hehh..
Bile doktor tngk gigi tu..dia kata gigi ok lg..sayang nak cabut..nnt dah x ada gigi lak..betol gak tu..bak kata orng jawa "rompong" aka "gongak"...so doktor surgest nak selamat kan gigi tu jea..aku pun x tahu la ape nama rawatan tu..yg aku tahu tampal or cabut jea..hehe...so blk2 aku cr kat tenet...nie lah hasilnye..utk di kongsi bersama

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut

Ringkasannye, td doktor bg ubat kat gigi aku n tampal dengan tampalan sementara..next week kene jumpa doktor lagi klau x sakit doktor akan tampal cum biasa..selamat gigi i...leh senyum2 nie..

Monday, January 3, 2011

6 Cara Menghias Diri Wanita yang dilaknat Allah

Aku ambil artikel nie dr email, tujuan aku tepek kat blog nie..utk panduan aku dilain ms...

bismillah1.gif

6 Cara Menghias Diri Wanita yang dilaknat Allah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs015.snc4/34108_142138522462935_137586796251441_448491_6854294_n.jpg

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”

Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Kesimpulannya Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

http://pesanggrahanmunjul.files.wordpress.com/2009/03/9006large.jpg?w=450&h=276

sama tak dgn bawah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaOOBfx5SFXU6TUw4fvL1m1zXqlTpnZdMIsHNp-cIygk2ouh5IhyOWYDLRI322M03vpOiEqx4jUbPXfqmKAtP6taKZ7D2CHzN-aEF5G1WG1ATJqCToo3-1kQuasZVCba3i20V9EHuh4Ao/s400/pariki_30.jpg

2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsZhxeU5UPT_rYfrwBR13U2B-L4-pqZnrBBZHCSxfEqPT7BTDH27UvCen98u0qQdAA-LjK-IN9M2JSyL1kiTwfkUn20f686ug6tm5B160CtNlQo-9G_r8mTjMbGy8ywzTwUds9Ow5n6p-t/s400/alis+mata.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_dGuSjfC1IM0WHZUPlCKmDuo9PGCZmT0YbugksiTTSpXBLC3LcmLHAX5F8jSaI7avhGTk9Ch_2-OJvHeg_H0o5YJZArqFEJ9CmmaTrZTSuGUK0Qco-FMVaDFWsCPmNt9Q-P37n1CAbJyk/s1600/bulu_mata_palsu.jpg

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

http://blog.merdanchik.com/wp-content/uploads/2008/03/tatoo.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpjrnAftQ7WS0nshFP2iLkBqls5ZHlA5AW_zVDWHCb6ZvY0BcBxudwRhUreglXgBmDjQmVu1SgtU3gFTu2sPPLnrz3gFXQm2uImSwhgSbevXekPSvWqK9D9VUNDi-ge5nTY0LJluvhqHzE/s320/cats.jpg

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6zv7W7TkS3bjom7wC62y5muF-YhoOvy96om-KX6dnnRyjO-hodk2XUg63uUY90sq1HXlf3kMwvlnEkHl11MbkgD1GMHYDP3XOe7z3e04vsIC_bL-bc4iRUNip3snQ1qFyKpipiF8VMHRB/s320/21918.jpg

gambar hiasan

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSLEJxV0wKJdo5yxwJ4KbOU3rZpiVSulQl6ayYyBIlH0Nu7-set

http://dropsis.files.wordpress.com/2010/04/kawat-gigi.png

6. Seorang wanita yang mengubah bulu keningnya (Al- Namisah)

Diriwayatkan oleh Al- Bukhari, Muslim, Abu Daud daripada Abdullah ibnu Mas’ud RA mafhumnya:

“Allah melaknat para wanita mentatoo dan dibuatkan tattoo, mencabut bulu kening dan meminta dicabutkan bulu keningnya, meminta diratakan giginya, dan yang mengubah ciptaan Allah SWT.”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq91urt_7i2-bRZ3fk6ke1oTwR0wDNiPmQcLlGqFNzBxbxd8n4pIkolgal5VlmTI5X7LdM5apKX0vQ0NbODRpHqD4E9UbPJsL7gtpbJlRikfxy_-E6lqWus9AOOz3J9FzINYnKZue3VeM/s1600/cukur+kening.jpg

http://www.attackingsoccer.com/wp-content/uploads/2010/04/collina_pierluigi.jpg

hati-hati.. jangan cukur kening.. HARAM!!

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam sama ada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara-cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.

Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbaik untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ’98 Golongan yang dilaknat Allah dan Rasulnya’. Muka surat 165-176 Cetakan 1996. Judul aslinya ialah “Mi’atun mimman la’nahum Allahu wa Rasuluhu” Karangan: Salam Nashif Ad Dahduh.