Tuesday, January 4, 2011

GigiKU...

Alkisah nak dijadikan cerita..gigi garham aku dah dekat 1 year kopak...tp syng sungguh nak cabut..pas tu dngr akk aku cite..Doktor kata gigi klau kopak n x sakit leh tahan lama..dia x rosak..so aku pun simpan jea gigi aku tu..tp last 2 week tiba2 gigi tu buat hal sakit gile2...aku pun kompiuse n sampai x pasti mn satu gigi yg sakit...tekan2 semua gigi, x pun sakit..huhu..memang azab la klau sakit gigi nie..
So bile gigi dah x sakit aku pun buat keputusan nak cabut jea...2 kali di PKU UUM..tp ada jea yg menghalang utk aku cabut..1-semua kakitangan PKU gi kursus kat JB, 2-Aku gi hr rabu...klinik gigi hr ahad-selasa jea...Maka bile hr nie selasa..aku pun gegas2 gi klinik...kejab jea..PKU time2 cuti sem nie memang pantas la..bukan ada student...kite dilayan dengan cepat dan pantas...hehh..
Bile doktor tngk gigi tu..dia kata gigi ok lg..sayang nak cabut..nnt dah x ada gigi lak..betol gak tu..bak kata orng jawa "rompong" aka "gongak"...so doktor surgest nak selamat kan gigi tu jea..aku pun x tahu la ape nama rawatan tu..yg aku tahu tampal or cabut jea..hehe...so blk2 aku cr kat tenet...nie lah hasilnye..utk di kongsi bersama

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut

Ringkasannye, td doktor bg ubat kat gigi aku n tampal dengan tampalan sementara..next week kene jumpa doktor lagi klau x sakit doktor akan tampal cum biasa..selamat gigi i...leh senyum2 nie..

No comments:

Post a Comment